Saturday 8 December 2012

AGAMA PILIHAN SIAPA ?

Semua manusia dan jin adalah diberi kebebasan untuk memilih pegangan/kepercayaan/keyakinan dan agamanya.

Sekarang ini, terpulang kepada anda sendiri untuk mengkaji dan memilihnya !!!!!



Ini kerana manusia atau jin yang tidak beragama, akan tercari-cari pegangan/kepercayaan dan sehingga ke agama yang sepatutnya di ikuti dan dipeluknya.
Mereka yang tidak beragama hidupnya terumbang-ambing seperti hidup atas gelombang tinggi di tengah lautan yang tidak bertepi dan tidak tahu arah tujuannya dalam kehidupannya.
Agama adalah panduan hidup.
Agama adalah lampu kehidupan.
Agama adalah peraturan yang sangat baik untuk diikuti.
Agama adalah penyelamat yang terbaik.
Agama adalah tali yang teguh menjadi pegangan supaya tidak hanyut tak tentu arah hidupnya/purak puranda atau terpelanting oleh angin kejahatan.
Agama adalah undang-undang yang terbukti kebaikannya untuk manusia.

Anda yang pilih untuk pegangan anda, maka andalah yang akan merasai kenikmatan atau kesukarannya, seterusnya balasannya dalam kehidupan kedua iaitu di akhirat kelak.

Agama adalah menjadikan ibadah/kebaikan yang dilakukan diterima oleh Tuhan Pencipta.

Agama Islam adalah agama yang terbaik dan diiktiraf oleh Tuhan Pencipta .......boleh dikaji walaupun dengan sains atau dengan apa juga ukuran keilmuan !!!!!!!   Ini kalau anda hendak kaji !!!!!

Terpulanglah kepada anda sendiri untuk memilihnya !!!!!


No comments:

Post a Comment