Monday 3 December 2012

PETUA ATASI JERAGAT TRADISIONAL

Petua Atasi Jeragat tradisional :

Semakin usia meningkat, semakin banyak jeragat akan kelihatan dan ia memang menggusarkan sesiapa sahaja. 


Selain rawatan di pusat kecantikan, anda juga boleh mencuba petua tradisional ini:

Sediakan dua inci daun betik muda, segenggam beras, air dan satu inci kulit kayu manis. 

Terlebih dahulu, beras perlulah direndam semalaman. Keesokannya, kisar beras itu bersama-sama daun betik serta kulit kayu manis. 

Setelah siap, sapu atau gosok perlahan-lahan pada seluruh wajah. 
Biarkan ia kering dalam 20 minit, selepas itu bilas dengan air suam. 

Semoga petua ini dapat membantu mengurangkan tompok-tompok hitam sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi.


No comments:

Post a Comment