Tuesday 27 November 2012

MANUSIA MAKHLUK YANG UNIK SEKALI

Manusia unik kerana kejadiannya dari yang satu iaitu Nabi Adam, selepas itu Siti hawa, kemudiannya Nabi Isa, penyudahnya campuran Seperma dan Overma, walaupun saintis boleh mencipta hanya Gen Perempuan ianya tidak boleh seperti peraturan dan menjadi manusia seperti yang ada, begitu juga jika dicampur dengan binatang tidak akan tercipta manusia.
Amat anih, zaman moden ini manusia sudah bertukar selera, tidak seperti manusia seleranya dan perangainya
sebagaimana yang dikehendakki oleh Tuhan, sehingga tidak perlu terciptanya manusia-manusia (anak-anak)
yang normal. Kalau lesbian dan homoseksual serta bebas berpasangan tanpa pernikahan diteruskan, apa akan jadinya manusia akan datang ?

Manusia unik kerana akalnya, tapi dimana dan bagaimana pertimbangan akal digunakan supaya manusia tetap normal.

Manusia unik kerana kasih sayangnya, tapi sekarang kita perlu sayaang pada siapa ?

Manusia unik kerana sukakan kepada kedamaiannya dan keamanan, tapi siapa yang perlu mencipta kedamaiyan jika persengketaan dan permusuhan terus diperbesarkan ?

Berlainan bangsa, agama, warna kulit, perinsip,idiologi, politik dan persempadanan negeri/negara bukan untuk permusuhan, tapi untuk perpaduan dan saling membantu untuk memakmurkan, memajukan dan mengindahkan alam ini !!!!

No comments:

Post a Comment