Sunday 11 November 2012

MARI MASAK SENDIRI




LAKSAM



RESEPI UNTUK MEMBUAT LAKSAM (3-4 orang makan)

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air suam

Cara-cara masak:
1. Campur semua bahan di atas dan kacau hingga sebati. (nak senang blend sahaja)
2. Lenserkan minyak pada tudung periuk.
3. Tuangkan tepung tadi ke atas tudung periuk dan kukus dalam masa 3-4 minit.
4. Bila dah masak, angkat tudung periuk tadi dan gulung laksam yang telah masak.

RESEPI UNTUK KUAH

1/2 kg ikan selayang atau sardin / kembong (direbus dan diambil isinya sahaja)
1/2 kg santan pekat
1 inci halia
6 ulas bawang merah
sedikit lada hitam
garam, gula dan perasa

Cara-cara masak:
1. Kisar halia, bawang merah dan lada hitam.
2. Masukkan santan, isi ikan, air dan bahan yang dikisar ke dalam periuk.
3. Masukkan garam, gula dan perasa.
4. Kacau sehingga masak.

Ulam-ulaman (dipotong halus-halus/diracik)

Timun
Kobis
Kacang panjang
Bunga kantan
Daun kesom


Selamat mencuba !!!!



No comments:

Post a Comment