Monday 12 November 2012

URUTAN LEPAS BERSALIN ELAK SAKIT BATU MEROYAN

Gila meroyan :

Gila meroyan adalah gangguan perasaan atau jiwa yang serius. 


Penyakit ini sering dikaitkan dengan masalah yang dialami wanita sewaktu atau selepas berpantang. 
Pada tahap ini, seseorang wanita yang mengalaminya mampu melakukan perkara-perkara yang boleh mencederakan dirinya, bayi serta orang lain.

Pendapat terkini mengatakan penyakit gila meroyan (postpartum pyschosis) juga seperti penyakit psikologi yang dialami oleh pesakit jiwa lain. Mujurlah keadaan ini hanya dialami oleh segelintir sahaja wanita selepas bersalin.

Sebenarnya tiada kaitan yang kukuh antara cara berpantang mengikut orang tua dan risiko untuk mendapat meroyan. Mungkin elok untuk saya kongsi pengalaman daripada kajian kami 8 tahun lepas  terhadap wanita yang hamil dan dalam masa berpantang.

Daripada kajian kami ada banyak kesan positif bagi 

ibu-ibu muda yang mengamalkan urutan selepas bersalin dan bertungku semasa dalam pantang 
kerana ia dapat mengurangkan risiko kemurungan.

Sebenarnya jika terkena penyakit batu meroyan ini,
penyakit ini masih boleh dirawat dan disembuhkan.



No comments:

Post a Comment